Isnin, 29 Ogos 2016

MERDEKA 2016

Tanggal 31 Ogos(tarikh keramat)....saban tahun kunjung tiba.Merdeka....Merdeka...Merdeka.Jalur Gemilang berkibaran seluruh pelusuk negara bagi meraikan bulan kemerdekaan tanah air tercinta ,MALAYSIA.Tanah tumpah darah,bumi dipijak,langit dijunjung.Allahuakbar syukur padamu ya Allah di atas nikmat dan kurniaanMU.Terima kasih pada pejuang2 negara demi tanahair tercinta.Semoga negara kita terus aman makmur dan dilimpahi nikmat.Semoga terus kukuh,berdaya saing dan terus maju jaya...LOVE MALAYSIA...Bumi bertuah,Bumi tercinta.

Hasil carian imej untuk gambar merdeka 2016

Hasil carian imej untuk gambar merdeka MALAYSIA 2016

Khamis, 25 Ogos 2016

PILIH PILIHAN BIJAK..





Tepung serbaguna keluaran CHE SOM DELIGHT  sangat membantu kaum wanita untuk menyediakan hidangan yang istimewa untuk keluarga tercinta, bukan sahaja boleh membuat chicken chop, malahan boleh juga membuat sotong dan udang celup tepung ragup untuk seisi keluarga,jadi jangan pening2 untuk berfikir, pilihlah pilihan bijak, gunalah tepung serbaguna keluaran che som delight, ia akan menjadi teman anda semua di dapur masak, suami suka anak gembira..





Sebagai seorang wanita kita perlulah bijak memilih dan menyediakan hidangan yang menarik untuk keluarga kita, ini kerana, seorang wanita memainkan peranan penting di dalam sesebuah rumah kerana ia adalah seorang guru, seorang doktor, seoarang chef, seorang polis, seorang hakim dan sebagainya.

oleh itulah, seorang ibu digelar ratu hati.

Sabtu, 20 Ogos 2016

SYOKNYA UDANG CELUP TEPUNG



SEDAPNYA.............


Hari ni nak makan apa? Menung jap fikir ....ting tong ting tong otak mikir. Tak apa buka peti sejuk dulu lihat apa yang ada....kang datang la ilham tu....ada ayam,udang jerrr....ummm nak masak apa.....Kan best kalau rumah mak kat sebelah.Sure cungggit menapak kat rumah mak.....hahaha.Berbahagialah punya mak...bila anak2 balik mak mesti tanya nak makan apa dan masak apa yang anak2 request.Cayang mak muah2...sayang mak till jannah.Semoga mak panjang umur dan sentiasa sihat2 hendaknya.
Berbalik story nak masak apa jap tadi....hahaha terpesong jap ingat mak.Meh lerr kita buat udang celup tepung.Malas pening2 fikir...kan ada CheSom Delight...yang susah  jadi 
mudah..Mesti korang fikir kan camna saya buat...jom ushar


.





Rabu, 17 Ogos 2016

Tadika area cheras yang bagus CIC


Dari pemerhatian aku.. dan pandangan aku..dan mungkin ada lagi yang terbaik..ini hanya pandangan..bagi aku memilih taska atau tadika yang berpandukan populariti pada mata masyarakat adalah kurang sesuai... yang paling penting soal kualiti pendidikan dan mengambil kira kesesuaian untuk perkembangan anak-anak.. Melihat perkembangan anak buah aku.. bagi aku tadika ni sangat bagus..dan sangat2 rasa berbaloi dengan harga yang dikenakan..anak buah aku tu (kak ngah nama panggilan mesra) perkembangan yang ketara dapat kami lihat.. ialah ia dapat membaca dengan laju dan sebutan juga amat jelas after 4 bln sahaja ia di tadika tu..tetapi mengikut pakar kanak2 kadar pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak berbeza mengikut pelbagai faktor... Oleh itu, salah satu faktor ialah guru...guru adalah sangat berperanan...guru yang bijak dan kreatif, yang dapat dapat mewujudkan suasana dan persekitaran keriangan dan ceria boleh menjadi pemangkin kepada motivasi kanak-kanakuntuk rasa nak berlajar. 

WOW.. melihat kak ngah... aku rasa satu perkembangan yang sangat2 bagus kerana hanya dalam masa yang singkat..perkembangan tu begitu besar.. sekarang usia ia dah 6 tahun..maknanya dah 1 thn 8 bln ia bertadika kat situ..lupa lak nak kabo..nama tadika tu CIC BTHO.. apa yang dapat aku lihat..perkembangan ia sangat pesat..pemikiran yang kreatif, kritis dan dinamik..Ingat lagi tahun lepas pada usia 5 tahun ia sudah wakil cic btho untuk CIC Spelling Competition 2015. Pada tahun ni pula ia wakil CIC BTHO untuk pocket competition 2016. siap menang dapat no 1 lg...ha..ha.. kalu aktivitu tu..hari2 pelbagai cerita ia..semuanya penuh minat ia bercerita..balik ja ke rumah ia kan tulis wsap..ha..ha.. pandai tulis wsap yerr kak ngah..sekarang ia banyak buat latihan buku tahun 1..wahhh.. bagus2.. dah siap sedia sebelum masuk tahun 1..




Yang terbaru..ibu ia hanya bagi ia bekas dan Tepung Kek segera Chesom Delight
ibu ia suruh ia baca arahan..dan cuba buat kek tu.. wahhh..lagi satu yang sangat bagus..boleh di lihat kemahiran pergerakan motor yang sangat kreatif..ia boleh membaca..memahami..dan bertindak mengikut arahan cara penyediaan kek tersebut... ibu ia cuma tolong ia kukuskan kek tersebut dan..hias kek juga kak ngah yang hias sendiri dengan kreatif sekali..




Lepas ni kalu ada mana2 ibu bapa tercari2 tadika yang bagus area cheras..boleh cuba ke cic btho.. cikgu ia lemah lembut jerr..periang.. tadika pon bersih..susun atur dalam kelas dan peralatan juga kemas..anak2 mesti hari2 nak pergi skolah x nak ponteng..

Selasa, 9 Ogos 2016

Mencari bahagia....

Bukan kebahagian yang membuat kita bersyukur,bersyukurlah yang membuat kita bahagia....Orang yang bahagia adalah orang yang melupakan keburukan orang lain terhadapnya dan melupakan kebaikan dia terhadap orang lain....Semua insan kat dunia ni nak bahagia kan....so pupuklah rasa itu dalam hati kita....insyallah rasa itu akan lahir dari hati nurani kita......Jom perbaiki diri dan ayuh cuba untuk jadi insan2 yang bahagia.
#Kurangkan bercakap,bercakap apa yang perlu sahaja dan bercakap yang baik2 je.
#Sentiasa merendah diri,jangan bongkak sombong.Bersopan santunlah.
#Berkasih sayang sesama makhluk....sesama insan,dengan haiwan,tumbuhan pun.
#Bersahabat dengan orang soleh&solehah.kawan dengan orang yang baik2.
#Menjauihi sesuatu yang haram,jaga makanan kita dari sumber halal,jaga mata,telinga dari dengar dan lihat sesuatu yang haram.
#Pemurah dan baik hati.Suka menderma dan berbuat kebaikan.
#Menjaga solat 5 waktu
#Tidak melakukan kerosakan di muka bumi Allah.
#Sibuk dengan ibadah....mengaji ke,dengar mengaji ke.
#Selalu ingat mati....
#Saling bermaafan....jangan berdendam
#Doa yang berterusan....jangan malas meminta pada Allah dan berterima kasih atas nikmatNYA.
#Jadi insan yang redha dan bersyukur.