Ahad, 31 Julai 2016

Aku Seorang Chef dan terciptanya resepi2 mudah



Dulu-dulu kerjaya Chef tidak digemari oleh rata2 ibu bapa jika anak2 berhasrat atau bercita2 nak menjadi chef..kerjaya chef pada dahulunya tidaklah se glamor.. selalunya orang panggil tukang masak jer..ingat lagi zaman kecil-kecil ku.. bila orang tua2 berborak..anak si polan2 kerja apa... kerja tukang masak ja kat hotel...orang dengar tak glamor cam doktor, cikgu, misi, SEKARANG kalu kata Chef...hmmmm..mesti besar mata orang dengar.. Glamor betul Chef skang....Dulu chef ni hanya dikatakan suatu kerjaya yang mudah, tak payah belajar tinggi.. kerja senang ja..mudah ja katanya..dan kerjaya tak meluas bagi mereka..Tetapi pandangan itu telah berubah sekarang.. Chef adalah satu kerjaya yang sangat bagus.. Glamor tau dan tak perlu menjadi artis..jika seseorang chef mempunyai kreativiti dan kemahiran yang sangat baik dalam menghasilkan pelbagai jenis makanan.. ini akan menjadikan setiap hidangan itu..dapat dihasilkan dengan kualiti yang bagus.

SEKARANG pun dah ramai chef lebih glamor dari artis..contohnya Chef Wan,Chef Zam, Chef Ismail,Chef Dato' Fazley, Chef Nik , Chef Riz Chef Florence ,Chef Zubir, Chef Jo dan ramai lagi.. Selalunya dan kebanyakkannya Chef ni sangat mempunyai kreativiti yang tinggi... ha..ha.. lebih kurang cam aku.. suka masak atau olah resepi bagi menarik dan kekadang tambah bahan2 baru untuk rasa lebih menarik..


Dan sekarang dengan adanya CheSom Delight..inilah salah satu kreativiti terhadap dunia masakan yang akan aku cuba coretkan di sini..dan cuba bantu rakan2 di luar sana untuk memudahkan menghasilkan sajian yang enak sedap dan ringkas.


Aku akan cuba olahkan setiap resepi yang mudah dan ringkas untuk membantu rakan2 menghasilkan sajian yang sedap dalam masa yang singkat..


www.facebook.com/mimie.shopmurah

Rabu, 27 Julai 2016

KEK PELANGI SIMPLE

Hari ni saya nak share satu resepi yang selalu saya buat.Simple dan mudah saja....kek ni juga menjadi kegemaran mama saya.Selalu dia request...sebab pertama air tangan anaknyalah kan.....hahaha,kedua ia tak terlalu gebu macam kek span tu dan yang penting kurang manis dan sedap yatmattt....hahaha.Tak jemu tau....kalau keluar2 dr oven makan pun sedap.Apatah lagi buat minum petang...sepotong x cukup...nak lagi...lagi dan lagi...hahaha.Jom kita lihat bahan2 nya.

1 cawan butter/ majerin
3/4 cawan gula halus
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh  esen vanila
5 biji telur gred B
Pewarna(suka hati nak berapa colour pun/warna pelangi)

***Tepung diayak bersama2 baking powder.

Cara2:-

1-Pukul butter + gula hingga kembang.
2-Masukkan telur satu persatu mix lg.
3-Masukkan esen vanila.
4-Masukkan tepung yang diayak tadi kacau sebati.
5-Bahagikan adunan beberapa bahagian,letakkan pewarna mix rata.
6-Masukkan adunan kedalam loyang berselang seli hingga habis dan loyang perlu di gris butter terlebih dahulu.
7-Bakar suhu 180 oc 45 minit atau hingga masak(ikut oven masing2)

*** Ambil lidi cucuk bahagian tengah kek untuk uji kek  betul2 masak or belum.kalau x melekat tu masak la.

Ni lepas dah siap proses selang seli adunan tu....


Taraa...ni hasil bila kek dah masak....


Ni saya buat kek marble guna adunan yang sama...just bahagi dua adunan kek.Satu letak serbuk coklat...Satu warna asal...selang seli sampai habis.Bakar macam biasa....sedap kan...olah sikit je...hahaha...pa tunggu lagi.Selamat mencuba kawan2 semua....


Semoga resepi yang saya share memberi kita seribu manafaat...aminn.

ohhhh petua...

Orang dulu2 kata petua la....zaman sekarang kata tips....apa pun sama jerr.Yang pasti tujuannya tetap sama nak memudahkan sesuatu perkara.Kalau  dalam masakan nak bagi sedap,cepat masak....kalau pada kesihatan nak kurangkan sakit atau nak elakkan.Hari ni saya nak kongsi petua2 yang paling hot semua nak tau.Anda maybe boleh cuba ....dan semoga membantu...

10 amalan harian untuk kuruskan badan:

1) Jadikan air masak(air putih) sebagai minuman utama anda.Elakkan minuman bergas,berkefein atau minuman tinggi kandungan gulanya mcm air tin.

2) Makan  hidangan kecil....maksudnya jangan makan banyak2 sekali gus.

3) Banyakkan makan buah-buahan&sayur-sayuran.

4) Makan dengan tenang dan perlahan....sempat la otak nak hantar isyarat kenyang dan berhenti makan.

5) Makan bijirin untuk sarapan...bijirin mcm oat,emping jagung tinggi serat,kalsium dan yang penting x da lemak.

6) Banyakkan warna biru dalam hidup anda...warna biru dapat menghalang selera,antara sebab restoran makanan segera x da warna biru.Elakkan warna merah,oren,kuning yg membangkitkan selera.

7) Makan menggunakan pinggan yg kecil...pinggan kecil jadi saiz hidangan juga kecil.

8) Berjalan 45 minit sehari....window shopping ke,parkir jauh2 ke,naik turun tangga ke.

9) Buang pakaian besar anda...secara automatik beri anda motivasi nak turunkan berat badan.

10) Makan apabila anda lapar sahaja...bukan 24 jam mulut tu kunyah je.

***untuk kempiskan perut - minum air teh tanpa gula dicampur dengan air limau nipis.
                                         - ambil air limau nipis dicampur dengan kapur sirih,lumurkan                                                    sekitar perut dan biarkan kering.amalkan setiap mlm,bilas esok                                              paginya.

Ahad, 24 Julai 2016

ANDA PATUT TAHU NIHH....

Musim raya ni,al maklumlah sebulan raya.Lagi x habis bulan syawal....maka banyak la open house(rumah terbuka).Dah jadi budaya kita kunjung menyunjung sanak saudara,rakan taulan dan jiran tetangga.Dalam kemeriahan bulan ni jangan dilupa adab kita bila berkunjung ke rumah orang.Sesetengah dari kita ambil enteng...ambil mudah.Tetapi apa salahnya kita jaga adab kita,jaga adab anak2...jauhi sifat2 or perangai tak elok tu kt rumah orang.....Tak sakit mata,sakit hati tuan rumah kan.Jangan sesuka hati ja dirumah orang....jom usyar adab2 yang patut kita tau bila dirumah orang...

*Memberi salam kepada tuan rumah dan bersalaman.
*Jagalah adab sopan ketika menikmati juadah yang disediakan.Jangan lah ambil banyak makanan pastu x makan habis pun...membazir saja.
*Menjaga perbualan....jangan berburuk sangka,bergosip,membuka rahsia atau aib orang lain.
*Menjaga tingkah laku,jangan nakal2....jangan biarkan anak sepahkan rumah orang.
*Menjaga penglihatan,jangan merayap2 dalam rumah orang.Memerhati sekitar rumah....sesetengah kita suka sangat nak check rumah orang,nak tengok bilik la,dapur la....
*Menjaga pertuturan,cakap yang baik2 dan bermuka manis.
*Kalau anak2 dapat duit raya,jangan buka sampul raya kat situ...budak2 sekarang sibuk je nak cek berapa dapat.Balik tengok isinya kat rumah...kena pesan anak2 makbapak semua.
*Sebelum balik...beritahu tuan rumah kita nak balik,jangan main cabut atau blah camtu jerr.
*Sebelum balik berilah salam dan berjabat tangan dan jangan lupa ucapkanlah terima kasih kepada tuan rumah....pastu ajaklah tuan rumah tu p rumah kita pula dilain waktu....



Ahad, 17 Julai 2016

AIDILFITRI 2016

AL-KISAH RAYA TAHUN NIH....

Syawal tahun ni 2016....suatu memori terpahat di setiap sanubari kami family CheSom Delight.Didalam celahan hati tersirat satu perasan yang sukar di ungkap.Tak terluah dek kata2.Di dalam keriangan menyambut lebaran....disaat sibuk tangan menganyam ketupat....dikala sinar pagi berkumandang takbir raya.Terasa kehilangan yang nyata....Raya tahun ni adik din tiada disisi kami semua...tawa itu ada,gembira itu ada tapi tak sama seperti dulu...
Sempat juga berkumpul ,berbuka puasa bersama semuanya....harap papa mama happy adanya kami semua anak cucu.Berjemaah bersama,tarawih bersama,bacakan yasin dan tahlil untuk aruah adik din.Paling syahdu bila mama sediakan kuih muih aruah din suka bila berbuka.Buah melaka dan kuih lopes.Memang tau mama teringat sesangat kat aruah adik din.....dibibir sentiasa melekat nama aruah.Touching sangat2.Tak lupa juga chicken chop memang febret aruah.
Malam raya kami adik beradik dah prepair bunga rampai untuk dibawa ziarah pusara adik din menjelang pagi raya.Rasa hati x sabar nak kesana.Nak lepaskan rindu kami pada aruah.Lepas jer semua balik solat raya,bermaaf-maafan sesama,peluk cium papa mama adik beradik semua.Memang terus je ke pusara aruah.Semacam rasa aruah adik din dok tunggu2 je kami datang.
Perjalanan ke pusara aruah adik din di iringi hujan pagi....seperti hati kami dilimpahi kesedihan.Maybe hujan rahmat...memberi sinar syawal tahun ni.Allah kuatkanlah hati kami tempuhi liku2 hidup ni.Air mata tumpah tiada perhujung rindukan aruah adik din.Al-fatihah untuk aruah adik din.First raya yang memilukan.Tiada lagi gelak tawanya....tiada lagi gambar selfienya.
Dalam onak mata papa mama tergambar sinar sedih...raya tahun ni tanpa aruah adik din.Apatah lagi ni tahun pertama puasa....raya....tanpa adik din.Semoga Allah melimpahkan rahmatnya ke atas aruah dan ditempatkan dikalangan orang beriman....Aminn.










Isnin, 4 Julai 2016

KOSONG-KOSONG

Assalamualaikum & salam lebaran semua....

Maaf sekiranya ada tersilap,terkasar,terover,terkurang,terpoyo dan semua ter lagi.
kosong2 aaa..... Kata Imam Al-Ghazali , yang jauh itu WAKTU,yang dekat itu MATI,yang besar itu NAFSU,yang berat itu AMANAH,yang mudah itu BERBUAT DOSA,yang panjang itu AMAL,SOLEH yang indah itu SALING MEMAAFKAN......


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.










Ahad, 3 Julai 2016

TIPS JIMAT CERMAT

Assalamualaikum....

Sekejap je masa berlalu,kita dah di penghujung puasa....Dah x lama nak sambut raya....Semangat raya uoall...Dalam sibuk berbelanja tu jangan lupa ,mesti selalu ingatkan diri sendiri bab jimat cermat ni....huhhh mencabar betul kan.Memang hari2 kena kuat semangat,cekal hati betul2,Kalau tak punah $$$$$$.....Kalau tak nak ikat perut lepas raya jangan pandang ringan hal ni.Bukan kedekut okeyyy....tp kalau membazir tu amalan syaitan.Kalau tak ubah jadi habit la, memboros lah sampai ketua.Jom baca tips jimat cermat  raya:
1) Kena azam betul2....Niat yang baik insyallah dipermudahkan.
2) Simpanan tetap....walau pun jumlahnya kecil.simpan je kat amanah ke,tabung haji ke.pastu jangan korek2 pula ye bila x berduit.
3) Bayar hutang wajib....rumah ke....kereta ke...bil elektrik ke sebelum balik raya
4) Sebelum balik kampung beli siap2 keperluan rumah sendiri...barang dapur .kadang2 time raya harga barang melambung naik.so bersedia awal.
5) Jangan guna kad kredit nanti asyik gores2 je sesuka hati...pastu nak bayar baru menung2.
6) Keluar shopping ketika perut kenyang...baru x boros.klu tak semua nak beli,rasa x cukup je.Maybe lepas berbuka boleh kot.
7)  Bab duit raya terpulang pada kemampuan masing2.Yang penting utk mak ayah,ank2 buah dan saudara terdekat.
8) Buat sendiri biskut raya....jangan la bermalas-malasan sgt.kalau semua asyik beli mmg hanyut la.kt kg pun boleh sambil lepak adik beradik wat biskut conflake madu tu,paling sempoi kot.
9) Beli ja pakaian atau barang2 lain pada jualan gudang dan elakkan barangan berjenama.barang yang x da jenama pun kadang2 lebih berkualiti.
10) Simpanan kecemasan untuk perkara2 yg tak diduga....macam tetiba kereta rosak ke,utk byr workshop.Almaklumlah time raya nanti semuanya mahal2.



Nak jimat lagi boleh beli kek coklat CheSom Delight....juadah mudah untuk lebaran .Pasti puas hati...mudah,cepat nak siapkan....