
Dulu-dulu kerjaya Chef tidak digemari oleh rata2 ibu bapa jika anak2 berhasrat atau bercita2 nak menjadi chef..kerjaya chef pada dahulunya tidaklah se glamor.. selalunya orang panggil tukang masak jer..ingat lagi zaman kecil-kecil ku.. bila orang tua2 berborak..anak si polan2 kerja apa... kerja tukang masak ja kat hotel...orang dengar tak glamor cam doktor, cikgu, misi, SEKARANG kalu kata Chef...hmmmm..mesti besar mata orang dengar.. Glamor betul Chef skang....Dulu chef ni hanya dikatakan suatu kerjaya yang mudah, tak payah belajar tinggi.. kerja senang ja..mudah ja katanya..dan kerjaya tak meluas bagi mereka..Tetapi pandangan itu telah berubah sekarang.. Chef adalah satu kerjaya yang sangat bagus.. Glamor tau dan tak perlu menjadi artis..jika seseorang chef mempunyai kreativiti dan kemahiran yang sangat baik dalam menghasilkan pelbagai jenis makanan.. ini akan menjadikan setiap hidangan itu..dapat dihasilkan dengan kualiti yang bagus.
SEKARANG pun dah ramai chef lebih glamor dari artis..contohnya Chef Wan,Chef Zam, Chef Ismail,Chef Dato' Fazley, Chef Nik , Chef Riz Chef Florence ,Chef Zubir, Chef Jo dan ramai lagi.. Selalunya dan kebanyakkannya Chef ni sangat mempunyai kreativiti yang tinggi... ha..ha.. lebih kurang cam aku.. suka masak atau olah resepi bagi menarik dan kekadang tambah bahan2 baru untuk rasa lebih menarik..
Dan sekarang dengan adanya CheSom Delight..inilah salah satu kreativiti terhadap dunia masakan yang akan aku cuba coretkan di sini..dan cuba bantu rakan2 di luar sana untuk memudahkan menghasilkan sajian yang enak sedap dan ringkas.
Aku akan cuba olahkan setiap resepi yang mudah dan ringkas untuk membantu rakan2 menghasilkan sajian yang sedap dalam masa yang singkat..
www.facebook.com/mimie.shopmurah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan