Ahad, 17 Julai 2016

AIDILFITRI 2016

AL-KISAH RAYA TAHUN NIH....

Syawal tahun ni 2016....suatu memori terpahat di setiap sanubari kami family CheSom Delight.Didalam celahan hati tersirat satu perasan yang sukar di ungkap.Tak terluah dek kata2.Di dalam keriangan menyambut lebaran....disaat sibuk tangan menganyam ketupat....dikala sinar pagi berkumandang takbir raya.Terasa kehilangan yang nyata....Raya tahun ni adik din tiada disisi kami semua...tawa itu ada,gembira itu ada tapi tak sama seperti dulu...
Sempat juga berkumpul ,berbuka puasa bersama semuanya....harap papa mama happy adanya kami semua anak cucu.Berjemaah bersama,tarawih bersama,bacakan yasin dan tahlil untuk aruah adik din.Paling syahdu bila mama sediakan kuih muih aruah din suka bila berbuka.Buah melaka dan kuih lopes.Memang tau mama teringat sesangat kat aruah adik din.....dibibir sentiasa melekat nama aruah.Touching sangat2.Tak lupa juga chicken chop memang febret aruah.
Malam raya kami adik beradik dah prepair bunga rampai untuk dibawa ziarah pusara adik din menjelang pagi raya.Rasa hati x sabar nak kesana.Nak lepaskan rindu kami pada aruah.Lepas jer semua balik solat raya,bermaaf-maafan sesama,peluk cium papa mama adik beradik semua.Memang terus je ke pusara aruah.Semacam rasa aruah adik din dok tunggu2 je kami datang.
Perjalanan ke pusara aruah adik din di iringi hujan pagi....seperti hati kami dilimpahi kesedihan.Maybe hujan rahmat...memberi sinar syawal tahun ni.Allah kuatkanlah hati kami tempuhi liku2 hidup ni.Air mata tumpah tiada perhujung rindukan aruah adik din.Al-fatihah untuk aruah adik din.First raya yang memilukan.Tiada lagi gelak tawanya....tiada lagi gambar selfienya.
Dalam onak mata papa mama tergambar sinar sedih...raya tahun ni tanpa aruah adik din.Apatah lagi ni tahun pertama puasa....raya....tanpa adik din.Semoga Allah melimpahkan rahmatnya ke atas aruah dan ditempatkan dikalangan orang beriman....Aminn.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan