Sabtu, 10 September 2016

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Kami CheSom Delight ingin menyucapkan Selamat menyambut  Hari Raya Aidil Adha...Pada yang menunaikan ibadah haji,semoga memperoleh haji yang mabrur....aminn

Hasil carian imej untuk gambar hari raya aidiladha

Pergi masjid bersama bapa,
Di ajak sama rakan dan taulan,
Selamat hari raya aidil adha,
Salah dan silap harap dimaafkan.

Semoga idul adha tahun ni memberi kita keberkatan,keinsafan dan kesyukuran.Mentaati perintah Allah dan mengenali erti sebuah pengorbanan....Allahuakbar....Allahuakbar.....Allahuakbar suburkanlah keimanan ,ketakwaan dan keikhlasan.SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.

Isnin, 5 September 2016

KENALI JENIS2 TEPUNG

Terdapat pelbagai jenis tepung dan fungsinya dalam masakkan....

Tepung gandum- Terdapat pelbagai jenis serta mudah didapati dipasaran.Banyak digunakan untuk membuat biskut&kek.Dalam kehidupan harian byk digunakan untuk membuat roti,lempeng,roti canai serta jemput2(cucur kodok).Antara jenama dipasaran cap lili,sauh,cempaka,bunga ros,faiza dan pelbagai lg.Tepung ini juga dikenali sebagai tepung serbaguna.Banyak digunakan untuk doh asas roti,tart atau biskut.




Tepung beras- Tepung jenis ini diperbuat daripada beras yang dikisar halus.Tepung ini banyak digunakan untuk saduran gorengan macam goreng pisang atau ubi.Teksturnya rangup bila digoreng.Ianya juga digunakan untuk pembuatan kuih muih seperti talam,seri muka,apam dan pelbagai lagi.Antara jenama dipasaran cap gajah dan cap orkid.




Tepung pulut- Tepung ini diperbuat dari pulut putih atau pulut hitam yang dikisar halus.Teksturnya lebih melekit dan berat.Tepung ini banyak digunakan untuk kuih2 yang kenyal macam buah melaka,kuih bom(onde2) dan kuih koci.Selalunya di bulan puasa banyak digunakan.Untuk adunan dodol juga ianya menjadi bahan utama.Antara jenama dipasaran cap gajah.





Tepung kastad-Tepung ini banyak digunakan untuk pencuci mulut(desert).Tepung ini berbau wangi,ada aroma.Jika digunakan untuk kek menjadi lebih ringan dan gebu.Selalu digunakan untuk pembuatan biskut juga antara biskut samprit dan sarang semut.Jika digunakan untuk puding rasanya lebih ringan dan halus.Antara jenama dipasaran nona,bestari dan bird's.


 

Tepung jagung- Antara jenama dipasaran cap bestari,bintang dan butterfly.Tepung jenis ini digunakan untuk memekatkan adunan seperti kuah yee mee,gorengan sayur.Digunakan juga untuk biskut dan puding.Untuk gorengan ikan juga banyak digunakan supaya ikan atau makanan laut menjadi ranggup dan enak.




Tepung sagu- Tepung ini diperbuat dari pati pokok sagu.teksturnya berbiji2 dan putih.Banyak digunakan untuk hidangan tradisi seperti bubur sagu atau pengat.





Tepung kacang hijau-Diperbuat dari kacang hijau yang dikisar halus.Banyak digunakan untuk kuih tradisi seperti kuih kole kacang,biskut kacang bakar dan saduran untuk kuih batang buruk.Aroma wangi dan membangkit selera.



Tepung gandum penuh atau tepung atta-Tepung ini mengandungi serat gandum yang separa hancur.Lebih berbiji dan berserat serta terasa teksturnya.Digunakan juga didalam roti dikenali wholemeal bread.Roti lebih berserat dan perang.Digunakan juga untuk pembuatan capati atau roti pita.

Sabtu, 3 September 2016

CHEESE CAKE



Cara mudah untuk membuat Cheese kek...
Campur2, sejukkan dalam peti sejuk  then terus boleh hidang...
Mudah, cepat dan lazat..
apa lagi tunggu jom ramai2 cuba...