Sabtu, 10 September 2016

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Kami CheSom Delight ingin menyucapkan Selamat menyambut  Hari Raya Aidil Adha...Pada yang menunaikan ibadah haji,semoga memperoleh haji yang mabrur....aminn

Hasil carian imej untuk gambar hari raya aidiladha

Pergi masjid bersama bapa,
Di ajak sama rakan dan taulan,
Selamat hari raya aidil adha,
Salah dan silap harap dimaafkan.

Semoga idul adha tahun ni memberi kita keberkatan,keinsafan dan kesyukuran.Mentaati perintah Allah dan mengenali erti sebuah pengorbanan....Allahuakbar....Allahuakbar.....Allahuakbar suburkanlah keimanan ,ketakwaan dan keikhlasan.SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.

Isnin, 5 September 2016

KENALI JENIS2 TEPUNG

Terdapat pelbagai jenis tepung dan fungsinya dalam masakkan....

Tepung gandum- Terdapat pelbagai jenis serta mudah didapati dipasaran.Banyak digunakan untuk membuat biskut&kek.Dalam kehidupan harian byk digunakan untuk membuat roti,lempeng,roti canai serta jemput2(cucur kodok).Antara jenama dipasaran cap lili,sauh,cempaka,bunga ros,faiza dan pelbagai lg.Tepung ini juga dikenali sebagai tepung serbaguna.Banyak digunakan untuk doh asas roti,tart atau biskut.




Tepung beras- Tepung jenis ini diperbuat daripada beras yang dikisar halus.Tepung ini banyak digunakan untuk saduran gorengan macam goreng pisang atau ubi.Teksturnya rangup bila digoreng.Ianya juga digunakan untuk pembuatan kuih muih seperti talam,seri muka,apam dan pelbagai lagi.Antara jenama dipasaran cap gajah dan cap orkid.




Tepung pulut- Tepung ini diperbuat dari pulut putih atau pulut hitam yang dikisar halus.Teksturnya lebih melekit dan berat.Tepung ini banyak digunakan untuk kuih2 yang kenyal macam buah melaka,kuih bom(onde2) dan kuih koci.Selalunya di bulan puasa banyak digunakan.Untuk adunan dodol juga ianya menjadi bahan utama.Antara jenama dipasaran cap gajah.





Tepung kastad-Tepung ini banyak digunakan untuk pencuci mulut(desert).Tepung ini berbau wangi,ada aroma.Jika digunakan untuk kek menjadi lebih ringan dan gebu.Selalu digunakan untuk pembuatan biskut juga antara biskut samprit dan sarang semut.Jika digunakan untuk puding rasanya lebih ringan dan halus.Antara jenama dipasaran nona,bestari dan bird's.


 

Tepung jagung- Antara jenama dipasaran cap bestari,bintang dan butterfly.Tepung jenis ini digunakan untuk memekatkan adunan seperti kuah yee mee,gorengan sayur.Digunakan juga untuk biskut dan puding.Untuk gorengan ikan juga banyak digunakan supaya ikan atau makanan laut menjadi ranggup dan enak.




Tepung sagu- Tepung ini diperbuat dari pati pokok sagu.teksturnya berbiji2 dan putih.Banyak digunakan untuk hidangan tradisi seperti bubur sagu atau pengat.





Tepung kacang hijau-Diperbuat dari kacang hijau yang dikisar halus.Banyak digunakan untuk kuih tradisi seperti kuih kole kacang,biskut kacang bakar dan saduran untuk kuih batang buruk.Aroma wangi dan membangkit selera.



Tepung gandum penuh atau tepung atta-Tepung ini mengandungi serat gandum yang separa hancur.Lebih berbiji dan berserat serta terasa teksturnya.Digunakan juga didalam roti dikenali wholemeal bread.Roti lebih berserat dan perang.Digunakan juga untuk pembuatan capati atau roti pita.

Sabtu, 3 September 2016

CHEESE CAKE



Cara mudah untuk membuat Cheese kek...
Campur2, sejukkan dalam peti sejuk  then terus boleh hidang...
Mudah, cepat dan lazat..
apa lagi tunggu jom ramai2 cuba... 



Isnin, 29 Ogos 2016

MERDEKA 2016

Tanggal 31 Ogos(tarikh keramat)....saban tahun kunjung tiba.Merdeka....Merdeka...Merdeka.Jalur Gemilang berkibaran seluruh pelusuk negara bagi meraikan bulan kemerdekaan tanah air tercinta ,MALAYSIA.Tanah tumpah darah,bumi dipijak,langit dijunjung.Allahuakbar syukur padamu ya Allah di atas nikmat dan kurniaanMU.Terima kasih pada pejuang2 negara demi tanahair tercinta.Semoga negara kita terus aman makmur dan dilimpahi nikmat.Semoga terus kukuh,berdaya saing dan terus maju jaya...LOVE MALAYSIA...Bumi bertuah,Bumi tercinta.

Hasil carian imej untuk gambar merdeka 2016

Hasil carian imej untuk gambar merdeka MALAYSIA 2016

Khamis, 25 Ogos 2016

PILIH PILIHAN BIJAK..





Tepung serbaguna keluaran CHE SOM DELIGHT  sangat membantu kaum wanita untuk menyediakan hidangan yang istimewa untuk keluarga tercinta, bukan sahaja boleh membuat chicken chop, malahan boleh juga membuat sotong dan udang celup tepung ragup untuk seisi keluarga,jadi jangan pening2 untuk berfikir, pilihlah pilihan bijak, gunalah tepung serbaguna keluaran che som delight, ia akan menjadi teman anda semua di dapur masak, suami suka anak gembira..





Sebagai seorang wanita kita perlulah bijak memilih dan menyediakan hidangan yang menarik untuk keluarga kita, ini kerana, seorang wanita memainkan peranan penting di dalam sesebuah rumah kerana ia adalah seorang guru, seorang doktor, seoarang chef, seorang polis, seorang hakim dan sebagainya.

oleh itulah, seorang ibu digelar ratu hati.

Sabtu, 20 Ogos 2016

SYOKNYA UDANG CELUP TEPUNG



SEDAPNYA.............


Hari ni nak makan apa? Menung jap fikir ....ting tong ting tong otak mikir. Tak apa buka peti sejuk dulu lihat apa yang ada....kang datang la ilham tu....ada ayam,udang jerrr....ummm nak masak apa.....Kan best kalau rumah mak kat sebelah.Sure cungggit menapak kat rumah mak.....hahaha.Berbahagialah punya mak...bila anak2 balik mak mesti tanya nak makan apa dan masak apa yang anak2 request.Cayang mak muah2...sayang mak till jannah.Semoga mak panjang umur dan sentiasa sihat2 hendaknya.
Berbalik story nak masak apa jap tadi....hahaha terpesong jap ingat mak.Meh lerr kita buat udang celup tepung.Malas pening2 fikir...kan ada CheSom Delight...yang susah  jadi 
mudah..Mesti korang fikir kan camna saya buat...jom ushar


.





Rabu, 17 Ogos 2016

Tadika area cheras yang bagus CIC


Dari pemerhatian aku.. dan pandangan aku..dan mungkin ada lagi yang terbaik..ini hanya pandangan..bagi aku memilih taska atau tadika yang berpandukan populariti pada mata masyarakat adalah kurang sesuai... yang paling penting soal kualiti pendidikan dan mengambil kira kesesuaian untuk perkembangan anak-anak.. Melihat perkembangan anak buah aku.. bagi aku tadika ni sangat bagus..dan sangat2 rasa berbaloi dengan harga yang dikenakan..anak buah aku tu (kak ngah nama panggilan mesra) perkembangan yang ketara dapat kami lihat.. ialah ia dapat membaca dengan laju dan sebutan juga amat jelas after 4 bln sahaja ia di tadika tu..tetapi mengikut pakar kanak2 kadar pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak berbeza mengikut pelbagai faktor... Oleh itu, salah satu faktor ialah guru...guru adalah sangat berperanan...guru yang bijak dan kreatif, yang dapat dapat mewujudkan suasana dan persekitaran keriangan dan ceria boleh menjadi pemangkin kepada motivasi kanak-kanakuntuk rasa nak berlajar. 

WOW.. melihat kak ngah... aku rasa satu perkembangan yang sangat2 bagus kerana hanya dalam masa yang singkat..perkembangan tu begitu besar.. sekarang usia ia dah 6 tahun..maknanya dah 1 thn 8 bln ia bertadika kat situ..lupa lak nak kabo..nama tadika tu CIC BTHO.. apa yang dapat aku lihat..perkembangan ia sangat pesat..pemikiran yang kreatif, kritis dan dinamik..Ingat lagi tahun lepas pada usia 5 tahun ia sudah wakil cic btho untuk CIC Spelling Competition 2015. Pada tahun ni pula ia wakil CIC BTHO untuk pocket competition 2016. siap menang dapat no 1 lg...ha..ha.. kalu aktivitu tu..hari2 pelbagai cerita ia..semuanya penuh minat ia bercerita..balik ja ke rumah ia kan tulis wsap..ha..ha.. pandai tulis wsap yerr kak ngah..sekarang ia banyak buat latihan buku tahun 1..wahhh.. bagus2.. dah siap sedia sebelum masuk tahun 1..




Yang terbaru..ibu ia hanya bagi ia bekas dan Tepung Kek segera Chesom Delight
ibu ia suruh ia baca arahan..dan cuba buat kek tu.. wahhh..lagi satu yang sangat bagus..boleh di lihat kemahiran pergerakan motor yang sangat kreatif..ia boleh membaca..memahami..dan bertindak mengikut arahan cara penyediaan kek tersebut... ibu ia cuma tolong ia kukuskan kek tersebut dan..hias kek juga kak ngah yang hias sendiri dengan kreatif sekali..




Lepas ni kalu ada mana2 ibu bapa tercari2 tadika yang bagus area cheras..boleh cuba ke cic btho.. cikgu ia lemah lembut jerr..periang.. tadika pon bersih..susun atur dalam kelas dan peralatan juga kemas..anak2 mesti hari2 nak pergi skolah x nak ponteng..

Selasa, 9 Ogos 2016

Mencari bahagia....

Bukan kebahagian yang membuat kita bersyukur,bersyukurlah yang membuat kita bahagia....Orang yang bahagia adalah orang yang melupakan keburukan orang lain terhadapnya dan melupakan kebaikan dia terhadap orang lain....Semua insan kat dunia ni nak bahagia kan....so pupuklah rasa itu dalam hati kita....insyallah rasa itu akan lahir dari hati nurani kita......Jom perbaiki diri dan ayuh cuba untuk jadi insan2 yang bahagia.
#Kurangkan bercakap,bercakap apa yang perlu sahaja dan bercakap yang baik2 je.
#Sentiasa merendah diri,jangan bongkak sombong.Bersopan santunlah.
#Berkasih sayang sesama makhluk....sesama insan,dengan haiwan,tumbuhan pun.
#Bersahabat dengan orang soleh&solehah.kawan dengan orang yang baik2.
#Menjauihi sesuatu yang haram,jaga makanan kita dari sumber halal,jaga mata,telinga dari dengar dan lihat sesuatu yang haram.
#Pemurah dan baik hati.Suka menderma dan berbuat kebaikan.
#Menjaga solat 5 waktu
#Tidak melakukan kerosakan di muka bumi Allah.
#Sibuk dengan ibadah....mengaji ke,dengar mengaji ke.
#Selalu ingat mati....
#Saling bermaafan....jangan berdendam
#Doa yang berterusan....jangan malas meminta pada Allah dan berterima kasih atas nikmatNYA.
#Jadi insan yang redha dan bersyukur.

Ahad, 31 Julai 2016

Aku Seorang Chef dan terciptanya resepi2 mudah



Dulu-dulu kerjaya Chef tidak digemari oleh rata2 ibu bapa jika anak2 berhasrat atau bercita2 nak menjadi chef..kerjaya chef pada dahulunya tidaklah se glamor.. selalunya orang panggil tukang masak jer..ingat lagi zaman kecil-kecil ku.. bila orang tua2 berborak..anak si polan2 kerja apa... kerja tukang masak ja kat hotel...orang dengar tak glamor cam doktor, cikgu, misi, SEKARANG kalu kata Chef...hmmmm..mesti besar mata orang dengar.. Glamor betul Chef skang....Dulu chef ni hanya dikatakan suatu kerjaya yang mudah, tak payah belajar tinggi.. kerja senang ja..mudah ja katanya..dan kerjaya tak meluas bagi mereka..Tetapi pandangan itu telah berubah sekarang.. Chef adalah satu kerjaya yang sangat bagus.. Glamor tau dan tak perlu menjadi artis..jika seseorang chef mempunyai kreativiti dan kemahiran yang sangat baik dalam menghasilkan pelbagai jenis makanan.. ini akan menjadikan setiap hidangan itu..dapat dihasilkan dengan kualiti yang bagus.

SEKARANG pun dah ramai chef lebih glamor dari artis..contohnya Chef Wan,Chef Zam, Chef Ismail,Chef Dato' Fazley, Chef Nik , Chef Riz Chef Florence ,Chef Zubir, Chef Jo dan ramai lagi.. Selalunya dan kebanyakkannya Chef ni sangat mempunyai kreativiti yang tinggi... ha..ha.. lebih kurang cam aku.. suka masak atau olah resepi bagi menarik dan kekadang tambah bahan2 baru untuk rasa lebih menarik..


Dan sekarang dengan adanya CheSom Delight..inilah salah satu kreativiti terhadap dunia masakan yang akan aku cuba coretkan di sini..dan cuba bantu rakan2 di luar sana untuk memudahkan menghasilkan sajian yang enak sedap dan ringkas.


Aku akan cuba olahkan setiap resepi yang mudah dan ringkas untuk membantu rakan2 menghasilkan sajian yang sedap dalam masa yang singkat..


www.facebook.com/mimie.shopmurah

Rabu, 27 Julai 2016

KEK PELANGI SIMPLE

Hari ni saya nak share satu resepi yang selalu saya buat.Simple dan mudah saja....kek ni juga menjadi kegemaran mama saya.Selalu dia request...sebab pertama air tangan anaknyalah kan.....hahaha,kedua ia tak terlalu gebu macam kek span tu dan yang penting kurang manis dan sedap yatmattt....hahaha.Tak jemu tau....kalau keluar2 dr oven makan pun sedap.Apatah lagi buat minum petang...sepotong x cukup...nak lagi...lagi dan lagi...hahaha.Jom kita lihat bahan2 nya.

1 cawan butter/ majerin
3/4 cawan gula halus
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh  esen vanila
5 biji telur gred B
Pewarna(suka hati nak berapa colour pun/warna pelangi)

***Tepung diayak bersama2 baking powder.

Cara2:-

1-Pukul butter + gula hingga kembang.
2-Masukkan telur satu persatu mix lg.
3-Masukkan esen vanila.
4-Masukkan tepung yang diayak tadi kacau sebati.
5-Bahagikan adunan beberapa bahagian,letakkan pewarna mix rata.
6-Masukkan adunan kedalam loyang berselang seli hingga habis dan loyang perlu di gris butter terlebih dahulu.
7-Bakar suhu 180 oc 45 minit atau hingga masak(ikut oven masing2)

*** Ambil lidi cucuk bahagian tengah kek untuk uji kek  betul2 masak or belum.kalau x melekat tu masak la.

Ni lepas dah siap proses selang seli adunan tu....


Taraa...ni hasil bila kek dah masak....


Ni saya buat kek marble guna adunan yang sama...just bahagi dua adunan kek.Satu letak serbuk coklat...Satu warna asal...selang seli sampai habis.Bakar macam biasa....sedap kan...olah sikit je...hahaha...pa tunggu lagi.Selamat mencuba kawan2 semua....


Semoga resepi yang saya share memberi kita seribu manafaat...aminn.

ohhhh petua...

Orang dulu2 kata petua la....zaman sekarang kata tips....apa pun sama jerr.Yang pasti tujuannya tetap sama nak memudahkan sesuatu perkara.Kalau  dalam masakan nak bagi sedap,cepat masak....kalau pada kesihatan nak kurangkan sakit atau nak elakkan.Hari ni saya nak kongsi petua2 yang paling hot semua nak tau.Anda maybe boleh cuba ....dan semoga membantu...

10 amalan harian untuk kuruskan badan:

1) Jadikan air masak(air putih) sebagai minuman utama anda.Elakkan minuman bergas,berkefein atau minuman tinggi kandungan gulanya mcm air tin.

2) Makan  hidangan kecil....maksudnya jangan makan banyak2 sekali gus.

3) Banyakkan makan buah-buahan&sayur-sayuran.

4) Makan dengan tenang dan perlahan....sempat la otak nak hantar isyarat kenyang dan berhenti makan.

5) Makan bijirin untuk sarapan...bijirin mcm oat,emping jagung tinggi serat,kalsium dan yang penting x da lemak.

6) Banyakkan warna biru dalam hidup anda...warna biru dapat menghalang selera,antara sebab restoran makanan segera x da warna biru.Elakkan warna merah,oren,kuning yg membangkitkan selera.

7) Makan menggunakan pinggan yg kecil...pinggan kecil jadi saiz hidangan juga kecil.

8) Berjalan 45 minit sehari....window shopping ke,parkir jauh2 ke,naik turun tangga ke.

9) Buang pakaian besar anda...secara automatik beri anda motivasi nak turunkan berat badan.

10) Makan apabila anda lapar sahaja...bukan 24 jam mulut tu kunyah je.

***untuk kempiskan perut - minum air teh tanpa gula dicampur dengan air limau nipis.
                                         - ambil air limau nipis dicampur dengan kapur sirih,lumurkan                                                    sekitar perut dan biarkan kering.amalkan setiap mlm,bilas esok                                              paginya.

Ahad, 24 Julai 2016

ANDA PATUT TAHU NIHH....

Musim raya ni,al maklumlah sebulan raya.Lagi x habis bulan syawal....maka banyak la open house(rumah terbuka).Dah jadi budaya kita kunjung menyunjung sanak saudara,rakan taulan dan jiran tetangga.Dalam kemeriahan bulan ni jangan dilupa adab kita bila berkunjung ke rumah orang.Sesetengah dari kita ambil enteng...ambil mudah.Tetapi apa salahnya kita jaga adab kita,jaga adab anak2...jauhi sifat2 or perangai tak elok tu kt rumah orang.....Tak sakit mata,sakit hati tuan rumah kan.Jangan sesuka hati ja dirumah orang....jom usyar adab2 yang patut kita tau bila dirumah orang...

*Memberi salam kepada tuan rumah dan bersalaman.
*Jagalah adab sopan ketika menikmati juadah yang disediakan.Jangan lah ambil banyak makanan pastu x makan habis pun...membazir saja.
*Menjaga perbualan....jangan berburuk sangka,bergosip,membuka rahsia atau aib orang lain.
*Menjaga tingkah laku,jangan nakal2....jangan biarkan anak sepahkan rumah orang.
*Menjaga penglihatan,jangan merayap2 dalam rumah orang.Memerhati sekitar rumah....sesetengah kita suka sangat nak check rumah orang,nak tengok bilik la,dapur la....
*Menjaga pertuturan,cakap yang baik2 dan bermuka manis.
*Kalau anak2 dapat duit raya,jangan buka sampul raya kat situ...budak2 sekarang sibuk je nak cek berapa dapat.Balik tengok isinya kat rumah...kena pesan anak2 makbapak semua.
*Sebelum balik...beritahu tuan rumah kita nak balik,jangan main cabut atau blah camtu jerr.
*Sebelum balik berilah salam dan berjabat tangan dan jangan lupa ucapkanlah terima kasih kepada tuan rumah....pastu ajaklah tuan rumah tu p rumah kita pula dilain waktu....



Ahad, 17 Julai 2016

AIDILFITRI 2016

AL-KISAH RAYA TAHUN NIH....

Syawal tahun ni 2016....suatu memori terpahat di setiap sanubari kami family CheSom Delight.Didalam celahan hati tersirat satu perasan yang sukar di ungkap.Tak terluah dek kata2.Di dalam keriangan menyambut lebaran....disaat sibuk tangan menganyam ketupat....dikala sinar pagi berkumandang takbir raya.Terasa kehilangan yang nyata....Raya tahun ni adik din tiada disisi kami semua...tawa itu ada,gembira itu ada tapi tak sama seperti dulu...
Sempat juga berkumpul ,berbuka puasa bersama semuanya....harap papa mama happy adanya kami semua anak cucu.Berjemaah bersama,tarawih bersama,bacakan yasin dan tahlil untuk aruah adik din.Paling syahdu bila mama sediakan kuih muih aruah din suka bila berbuka.Buah melaka dan kuih lopes.Memang tau mama teringat sesangat kat aruah adik din.....dibibir sentiasa melekat nama aruah.Touching sangat2.Tak lupa juga chicken chop memang febret aruah.
Malam raya kami adik beradik dah prepair bunga rampai untuk dibawa ziarah pusara adik din menjelang pagi raya.Rasa hati x sabar nak kesana.Nak lepaskan rindu kami pada aruah.Lepas jer semua balik solat raya,bermaaf-maafan sesama,peluk cium papa mama adik beradik semua.Memang terus je ke pusara aruah.Semacam rasa aruah adik din dok tunggu2 je kami datang.
Perjalanan ke pusara aruah adik din di iringi hujan pagi....seperti hati kami dilimpahi kesedihan.Maybe hujan rahmat...memberi sinar syawal tahun ni.Allah kuatkanlah hati kami tempuhi liku2 hidup ni.Air mata tumpah tiada perhujung rindukan aruah adik din.Al-fatihah untuk aruah adik din.First raya yang memilukan.Tiada lagi gelak tawanya....tiada lagi gambar selfienya.
Dalam onak mata papa mama tergambar sinar sedih...raya tahun ni tanpa aruah adik din.Apatah lagi ni tahun pertama puasa....raya....tanpa adik din.Semoga Allah melimpahkan rahmatnya ke atas aruah dan ditempatkan dikalangan orang beriman....Aminn.










Isnin, 4 Julai 2016

KOSONG-KOSONG

Assalamualaikum & salam lebaran semua....

Maaf sekiranya ada tersilap,terkasar,terover,terkurang,terpoyo dan semua ter lagi.
kosong2 aaa..... Kata Imam Al-Ghazali , yang jauh itu WAKTU,yang dekat itu MATI,yang besar itu NAFSU,yang berat itu AMANAH,yang mudah itu BERBUAT DOSA,yang panjang itu AMAL,SOLEH yang indah itu SALING MEMAAFKAN......


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.










Ahad, 3 Julai 2016

TIPS JIMAT CERMAT

Assalamualaikum....

Sekejap je masa berlalu,kita dah di penghujung puasa....Dah x lama nak sambut raya....Semangat raya uoall...Dalam sibuk berbelanja tu jangan lupa ,mesti selalu ingatkan diri sendiri bab jimat cermat ni....huhhh mencabar betul kan.Memang hari2 kena kuat semangat,cekal hati betul2,Kalau tak punah $$$$$$.....Kalau tak nak ikat perut lepas raya jangan pandang ringan hal ni.Bukan kedekut okeyyy....tp kalau membazir tu amalan syaitan.Kalau tak ubah jadi habit la, memboros lah sampai ketua.Jom baca tips jimat cermat  raya:
1) Kena azam betul2....Niat yang baik insyallah dipermudahkan.
2) Simpanan tetap....walau pun jumlahnya kecil.simpan je kat amanah ke,tabung haji ke.pastu jangan korek2 pula ye bila x berduit.
3) Bayar hutang wajib....rumah ke....kereta ke...bil elektrik ke sebelum balik raya
4) Sebelum balik kampung beli siap2 keperluan rumah sendiri...barang dapur .kadang2 time raya harga barang melambung naik.so bersedia awal.
5) Jangan guna kad kredit nanti asyik gores2 je sesuka hati...pastu nak bayar baru menung2.
6) Keluar shopping ketika perut kenyang...baru x boros.klu tak semua nak beli,rasa x cukup je.Maybe lepas berbuka boleh kot.
7)  Bab duit raya terpulang pada kemampuan masing2.Yang penting utk mak ayah,ank2 buah dan saudara terdekat.
8) Buat sendiri biskut raya....jangan la bermalas-malasan sgt.kalau semua asyik beli mmg hanyut la.kt kg pun boleh sambil lepak adik beradik wat biskut conflake madu tu,paling sempoi kot.
9) Beli ja pakaian atau barang2 lain pada jualan gudang dan elakkan barangan berjenama.barang yang x da jenama pun kadang2 lebih berkualiti.
10) Simpanan kecemasan untuk perkara2 yg tak diduga....macam tetiba kereta rosak ke,utk byr workshop.Almaklumlah time raya nanti semuanya mahal2.



Nak jimat lagi boleh beli kek coklat CheSom Delight....juadah mudah untuk lebaran .Pasti puas hati...mudah,cepat nak siapkan....


Isnin, 27 Jun 2016

SYUKUR SELALU....

Assalamualaikum semua....selamat tengahari....

Bulan2  puasa ni time tengahari jerr memang mata layu....ngantuk jerr...teringat kisah semalam jalan2 bazar raya.Macam pesta pula la yerr.Semua kelengkapan raya ada situ....makanannya,biskut raya,baju raya....blablabla....semua ado....Sis setakat jalan cuci mata je la....musim peniaga cari duit lebih,musim cekik darah....huk...huk...

Sebenarnya semua dah ready untuk raya nih....satu family ambil port masing2,jadi tugasan yang banyak jadi simple la...."APA YANG PENTING KERJASAMA".Syukur alhamdulillah.
Tema apa la kengkawan semua raya tahun nihh???....x kisah la janji ada baju baru untuk sambut raya kan....Yang penting satu family sepakat,baru kebabom sambut raya.....Jom kita jadi seseorang yang hebat...




Ahad, 26 Jun 2016

NAK KONGSI RESEPI SIMPLE....RUGI TAK CUBA

Nak raya nih....x lama dah...yeye...Berbunga je hati semua orang kan.Zaman meleset ni....semua biskut raya mahal2....sebiji biskut jer sampai 40 sen,50 sen.Sebalang,sebekas je dah rm27,rm28....huhhh ngeloh jap fikir nak beli or nak tunjuk2 jari.Apa kata buat je sendiri....santai2 je pun letih siapkan....Meh nak bg resepi yang comfirm memang menjadi....kredit buat my sister yang pasti  buat tiap2 tahun biskut febret nihh...simple je tp memang sedap.Jom ushar resepi kat bawah ni.....

TART NENAS GULUNG

1 Buttercup
3 Cawan Tepung Gandum
3 Sudu Besar coffee mate/susu tepung
2 Biji kuning Telur
1 Sudu kecil Esen Vanila
1 Sudu  besar air batu/air ais

Cara2nya:
1) Ayak tepung gandum dan ketepikan.
2) Dalam mangkuk satukan kuning telur + esen vanila + air batu.
3) Masukkan buttercup dalam mangkuk adunan + masukkan tepung gandum + coffee mate + masukkan  mix telur dgn esen ,air batu tadi.
4) Uli adunan rata pakai tangan jer...bagi rata,lembut dan sebati.Rehatkan doh.(adunan tu nanti lembut dan x lekat dijari,Kalau macam lembik boleh tambah tepung gandum sikit)
5) Ambil doh dan tekan pada acuan tart dan isikan inti jem nenas.Pastu gulung ler.
6) Letak atas dulang pembakar dan sapu kuning telur.
7) Bakar pada suhu 150 c ,15-20 minit atau kuning keemasan.

****kalau x ada acuan tart...uoall leh aje buat bulat pakai tangan macam biji2 guli  tu,isi jem tengah dan buat  bulat...sapu kuning telur dan tabur chedar cheese yg diparut.Jadi la resepi baru tart nenas chedar...pehh simple tapi sedap cair je dalam mulut....Nak beli mahal tau.Selamat mencuba kawan2.....



Jumaat, 24 Jun 2016

Tepung Segera Kek Coklat dan Cara Mudah Buat Kek Coklat



Mudahnya buat kek dengan Tepung Segera Kek Coklat CheSom Delight

Hanya Rm5.00/ Tupperware

    

Mudah.. cepat.. ringkas jerr..
simpan stock untuk syawal di rumah anda.. semestinya sangat lazat dan sedap.. pasti sanak saudara, jiran-jiran dan anak- anak anda sangat sukakannya ..yum..yum..😋😋


Hanya memerlukan : 

  1.  1 biji telur
  2.  200ml susu cair @ ikut paras kita label pada tupperware.
  3.  100ml air @ ikut paras kita label pada tupperware.
****just kacau dengan senduk atau whisk atau guna blender sahaja kemudian kukus.. ****





Khamis, 23 Jun 2016

Teringat Arwah sangat suka Chicken Chop




          Al Fatihahh buat Arwah Adikku Sabarudin Md Saleh.. Raya tahun nie..buat pertama kalinya..tiada Arwah disisi.. tak dapat kami adik-bradik ungkapkan rasa itu... apatah lagi buat mama dan papa..rasa sayang..rindu..kasih..sayangnya sentiasa di hati.. Arwah pergi meninggalkan kami dengan berjuta kenangan..rasa yang x mampu di ungkapkan...x mampu di ceritakan..memang benar.. semua orang akan merasai kehilangan.. semua orang akan di uji..Kesakitan menghadapi kehilangan orang tersayang. Yang selalu disisi, dihati dan menemani jiwa hari hari-hari kita...Namun apalah daya kita..Allah s.w.t telah aturkan segalanya dengan baik untuk setiap Hambanya...
 "kullu nafsin zaaiqatul maut.." setiap jiwa akan merasai mati.. 



Bila sampainya saatnya ...kita semua juga miliknya... kasihnya..sayangnya.. rindunya.. semua bercampo dalam satu rasa.. tak terluah.. hanya insan yang merasa kehilangan seperti kami sahaja..dapat merasakan rasa itu..rasa yang x mampu di pamirkan..x mampu di ungkap dengan kata-kata..sesungguhnya kami redha..Arwah pergi mengadap Allah s.w.t.. dan suatu saat kita juga sama.. akan mengadap Allah s.w.t juga..akan meninggalkan segalanya yang ada..hanya amal dan amalan shj akan di bawa..



     Masih segar lagi di ingatan.. arwah sangat suka makanan barat.. lebih-lebih lagi chicken chop.. memang menjadi kesukaannya.. apa yang menarik.. arwah masak sendiri chicken chop.. dan kami adik beradik akan tompang sekaki.. sorang sepinggan juga arwah buatkan untuk kami.. Arwah memang pandai masak sama seperti papa.. boleh dikatakan semua anak2 papa mama boleh masak.. dan arwah salah seorang yang paling rajin.. kelebihan memasak tu terserlah kerana arwah seorang yang rajin menolong mama masak.. terutamanya makanan barat.. memang menjadi kepakaran ia... Memang menjadi kerinduan kami.. apabila balik ke kampung dan masak bersama..rasa bagaikan arwah juga ada apabila kami berkumpul.. arwah x banyak berbicara..hanya banyak ukirkan senyuman.. senyuman itulah menggamit rindu yang menebal di dada kami..

    Biarlah rindu ini menjadi kekuatan.. kenangan-kenangan bersamanya menjadikan kami sentiasa mendoakan kesejahteraannya di sana..moga arwah bersama orang-orang beriman.. sesungguhnya.. arwah tersangat penyayang.. tersangat baik.. seorang adik yang sangat manja.. sangat la rajin.. seorang anak yang sangat Taat.. kami redha.. inilah jalan terbaik yang telah Allah janjikan untuk mu..



http://shopmurahh.blogspot.my/2016/06/chicken-chop-murah-dan-sedap.html

Rabu, 22 Jun 2016




HIDANGAN CEPAT DAN RINGKAS UNTUK KELUARGA TERCINTA....



Inilah caranya..dengan menggunakan tepung serbaguna di atas cara nak masak jadi mudah.. cepat.. ringkas..jimat masa.. anak2 suka.. cik suami suka..yang penting sedap..he..he..


Selasa, 21 Jun 2016


BENTO PANCAKE....


Anak2 mesti semangat dan teruja nak makan.... 



Inilah caranya..dengan menggunakan tepung serbaguna di atas cara nak masak jadi mudah.. cepat.. ringkas..jimat masa.. anak2 suka.. cik suami suka..yang penting sedap..he..he..

Sabtu, 18 Jun 2016

Pancake sedap dan murah





Tepung Segera  Pancake lazat. Rm 4 shj



CARA-CARA PENYEDIAN PANCAKE :
1.      Campurkan adunan pancake, bersama 1 biji telur dan 160ml air ke dalam bekas.kacau sehingga sebati.
2.     Kemudian masukkan 2 sudu besar minyak masak dan kacau rata.
3.     Panaskan kuali leper dengan api kecil. Letakkan sedikit minyak masak, barulah tuangkan adunan pancake..(pastikan kuali panas terlebih dahulu, agar pancake tidak  melekat.
4.     Tuangkan 1 senduk  adunan pancake tadi ke dalam kuali, masak selama 2minit atau sehingga perang keemasan. Siap untuk dihidangkan.

**Enak dimakan bersama madu,jem,sirap strawberry atau coklat .